Sunday, 1 May 2016

TEMAN CC #02052016

cc_ngenz ~ tatap positif

Cc sangat diberkati dengan gaya kehidupan teman yang lain. Mereka  SALING membangun, menegur, membimbing, & menyokong cc dalam banyak perkara.

Cc merasakan diri ini sangat disayangi dan dididik sungguh~sungguh, agar menjadi teman yang SALING MEMBERKATI & BERJIWA KUAT.

Cc akui mereka (teman-teman) punya motif & niat yang baik sekalipun dari anggapan pertama dalam layanan mereka tidak seperti yang kita inginkan. Tapi jika kita berfikiran positif dengan mereka, anda sebenarnya akan memberi ruang diri anda untuk mengenali mereka seadanya dengan lebih lagi. Pengalaman itu indah selagi kita yakin bahawa perhubungan itu boleh membawa kita mengenali erti berteman. Ya, banyak yang Cc boleh pelajari dari pengalaman berteman itu sendiri. Setiap pilihan ada ditangan masing-masing.

Cc bersyukur berpeluang mengenali teman-teman Cc ini. Yang Cc lagi enjoy & suka, dimana mereka asalnya dari pelbagai bangsa, agama, kepercaayan, budaya & adat resam yang berlainan. Wow luar biasa pekerjaan Tuhan kan mereka ditemukan dengan Cc. Sukacita hadir disetiap waktu.

No comments:

Post a Comment